Pages

Monday, April 20, 2015

subhanaAllah..

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.

Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari. Bercampur-baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.

Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.

Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.

Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.

Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.

Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi
mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.

Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.

Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.

Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.

Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.

Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.

Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.
Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.

Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.
Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.
Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.

Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.

Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.
Berbahagialah duhai muslimah.
Cut!
Penat juga membebel.
Dah habis masa pegang watak nenek tua pakai tongkat yang banyak berleter.

- Coretan mutiara ni datang terpampang kat news feed fb aku, tanpa kehendak dan keizinan Allah s.w.t. , x akn aku jumpe pulak kata-kata mutiara yg complete! complete nasihat dlm coretan ni. complete... semua sekali.. semua yg harus aku buat. dgn nada yg dpt aku fahami, care yg seakan akan dgn aku, mmg dari Allah untuk aku. Terima kasih Ya Allah . Allah dtg kan tepat pade mase nye.. menympaikan nye sehingga aku terkedu.tersentap.tersedar. siapa aku yg sebenarnye dan siapa yg harus aku jadikan 'aku' demi Allah, demi agama. complete siap dgn kena bangun awal lagi haa...belajar masak...jage diri...jgn bg org laki pegang2..blajar pndai2...matangkan fikiran...sabar...tabah....semua lah! Alhamdulillah....... :) syg Allah. sayang....syg sgt...terima kasih Allah.... 

Oh my blog!

oh my blog...i'm so sorry to ever think that i should remove u...u never did anything wrongt to me..u'll always be there whenever i need u....

Sampai ke blog aku sendiri pun aku nak buang dari hidup aku.... ape lagi yg aku x buang? Semua aku nak buang...lepas tu, ape je yg tinggal.....huh

I am such a very quick decision-maker. and always2 use short-cuts.

Now, I am in the middle of the sea made by my tears. Kecewa dgn diri sendiri. But deep inside in my heart, i know...everything is gonna be okay. InshaAllah.

I'll never cry for nothing. Cries make me sronger, but with time!!! time tu laa yg take time sgt tuh..adoii...

it just that aku x pasti kesedihan mane yg paling mendalam sekarang ni.. i've been through this past years ago..and i am wondering kesakitan yg mane yg paling pedih..sebab aku rase ..aku x pernah rase sakit, rase pedih tahap yg sekarang ni. and i am also wndering.. for how many times more i have to go through this...it hurts me bebeh!

aduhh...mcm x sanggup dah.. tapi kenape aku rase  ini bukan yg terakhir kali..... ampun Ya Allah.....


Monday, January 12, 2015

The End

Basah baju malam ni... cuci muka x pkai air paip pun.. pkai air mata je..

Kerana dalam kesunyian ni aku mengenali hati aku yg sebenarnya..api

Rupa nya selama ni aku berdendam...

Dendam pada semua lelaki yang pernah buat air mata aku jatuh..

Tapi malam ni.. dengan semua air mata yg berderai.. aku nak leraikan segalanya... aku nak lepas kan

semua.. bermakna aku nak totally lupakan mereka.. dan mereka tak pernah wujud dalam hidup aku.

semua.. semua.. aku menyesal yang aku pernah jatuh cinta..

Kasut ku x kusut

kannn.... dah memang perangai aku... time exam je aku mesti nak update blog, time update blog je mesti tgh exam..pfttt...

oh yess... air mata dh nk menitik.


1, 2, 3, 4.... 4 kisah yg sama :)

being through the same thing again this time..  and rite now.. i feel sooooooo alone!

Ahhhh!! Aku Sunyi..!!

Sekarang tgh rasa sunyi sangat.. along xde, sorg2 kat rumah.. xde fon calls, xde msj.. xde sape care aku.. :(  memang la parents aku ade..tapi kat kemaman......aku kat sini. sorg2..

x sabar x sabar x sabar!!

36 jam dari sekarang inshaAllah.. tdo 16 jam.. tinggal 20 jam aku kena sendirian.. so lets plan.. esok.. dalam 1 jam mcm tu ak mkn + hntr cuci kereta, 3 jam kemas rumah.. 3 jam window shopping kat bndar.. smpai ptg ambik arif kat bndar...bru x sunyi dah. tggal 13 jam lg..




Aku dh 22 tahun...dh besar... aku x nak pun terlibat ngn cinta ni.. tapi bukan aku yg cari..bukan aku yg mintak... tapi klau ni yg aku kena lalui.. ape boleh aku buat... ade hikmah untuk setiap yg terjadi... tapi tengok!, akhirnya aku jugak yg sunyi!, yg sedih!, yg mngis!.

ma x salah.. ma x pernah salah.. ma x suruh pun ak brcinta.. ma suruh kawan jer haa.... 

ishh, kusut lah.. 

KALAU LAH....... 

Wednesday, May 21, 2014

i am now 21.

last update 2013, now its 2014, i am now 21.. :)
generasi skrg umor 21 masih x thu ape lg.. klau dulu 21 ni dh matang sgt..dh dewasa..
skrg...haram jadah bak kata mat2 rempit..hehe

aku dh 21 tahun.. :)  like 4 yearss away from school.. and then what do i get?

i keep missing everybody else and now... i should miss the old me, the old syuhada..

aku yg dulu bukan yg sekarang..

wow..khidupan skrg kalau ingt balik jauh beza dgn yg dulu... syuhada yg duduk ngn mak ayah die..baek jer...skrg x baek doh..hehe.. so aku ni x pndai jgk la nk bwk diri..eh??

tp yg aku perasan..aku hilang kesungguhan dlm membuat sesuatu... aku xde kesungguhan...xde determination..xde motivation... semua aku ambk krja sng, endah x endah and separuh jalan..hasil die lngsung x memuaskan... habit aku ni one day akan destroy future aku ...

skrg tmbh2 aku cepat letih, cepat penat..akal fkiran x tajam dah... caneee???

salah aku..sume salah aku...MALAS!!!

huhh!!

SO, TAJUK ENTRI SEBENAR ADALAH... I AM NOW 21 AND I NEED TO CHANGE!! IMMEDIATELY!!!


Sunday, November 10, 2013

Deep Inside It Hurts..

:'(

:'(  :'(  :'(  :'( :'( :''(

7 November 2012
:''(

salahkah aku mencintai mu walau ku tahu ku tak di hati mu egokah aku memilikimu walau ku tahu kau tak memilihku ku harap tuhan cabut nyawa mu agar tak ada yang milikimu~ 


sadarkah kini ku tak rela mimpiku tak nyata kini semua berlalu karna engkau tak memilihku

slahkah aku mencintaimu walau ku tahu ku tak dihatimu egokah aku memilikimu walau ku tahu kau tak memilihku ku harap tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang milikimu ku harap tuhan cabut nyawa mu agar tak ada yang milikimu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hanya dirimu yang ku cinta, tak kan membuat kau jatuh cinta lagi aku merasa kau yang terbaik tuk diriku
walau ku tahu kau tak sempurna takkan membuat aku jauh darimu

apa adanya ku kan tetap setia padamu

tuhan jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milik ku
akuu sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku,

walau ku tahu kau tak sempurna, takkan membuat aku jauh dari mu
apa ada nya ku kan tetap setia kepada mu

tuhan, jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milik ku
akuu sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ohhh hari yang sedihh.. hati ini sungguh berkuasa. semalam gembira, hari ini berduka, esok gembira lusa balik rumah. ahaha

sayuuuuuuuuuuu je rase hati...air mate rase nak je tumpah  melepaskan rase sedih.. 
kerana air mata sebenarnya menguatkan semangat aku. 
yer....baek aku nangis..
xde sape sebenarnya yang faham perasaan aku... =(
sedih nyerrrr

xpe lah, sesedih mane pun aku hari ni, ade lagi yang lebih sedih dari aku. sekurang kurang nye aku dah bantai roti canai ngn mee sup sekali gus pagi tadi..hahah

bile aku menangis ni, aku tahu lah sesuatu yang sedih akan jadi dalam mase yg terdekat. aku menangis hari ini supaya pada hari esok aku  tak menangis sudaa..aku lebih kuat! so jangan pelik! bcoz before ur tears fall down, my tears had dried already. 

fortunately, i'm not in love